Cara Memohon Visa Pelancong eVisa

+
Kini anda boleh memohon Visa Pelancong ke Arab Saudi  sendiri untuk menunaikan Umrah dan melancong di tempat-tempat bersejarah seluruh Saudi. Masa diambil hanya 5 minit sahaja untuk memohon.
Beberapa maklumat lain yang perlu diketahui :
  • Terus dapatkan maklumat dan memohon visa di laman web online : https://ivisa.com
  • Semua orang boleh melawat, tetapi yang bukan Islam tak boleh masuk Makkah dan Madinah
  • Tidak perlukan mahram
  • Umrah dibolehkan , alhamdulillah (ini boleh buat umrah DIY secara sah, anda  tempah hotel, penerbangan, dengan pilihan dan aturan tersendiri
  • Harga : sekitar 470 Saudi Riyal
  • Maklumat penerbangan tidak diperlukan
  • Sah untuk tempoh setahun,
  • Kemasukan berulang sepanjang setahun
  • Namun had jangka waktu berada di Arab Saudi adalah 90 hari
  • Terbuka untuk sendiri atau berkumpulan
  • Usia 18 tahun dan kebawah mesti dibawah tanggungjawab penjaga.
Tatacara Permohonan eVisa di web:
  1. Daftar log in – sangat selamat web tersebut kerana mempunya verification code dan had masa.
  2. Gambar mestilah jelas dan latar belakang putih (standard pic passport untuk pergi umrah, dalam format JPEG)
  3. Isi maklumat peribadi dan passport lengkap.
  4. Maklumat tarikh expected arrival – jangkaan ketibaan
  5. Tujuan melancong, samaada atau keseluruhannga untuk :
  6. a) event, b) family& relatives, c) leisure, d) umrah
  7. Maklumat menetap di saudi: Hotel atau residential.
  8. Medical insurance
  9. Term and condition
  10. BAYARAN: Melalui debit @ credit card .
  11. Selesai dan tunggu proses untuk pengelusrsn visa dalam tempoh yang ditetapkan. (bergantung, biasanya dapat dalam tempoh 1 hari bekerja)

MOHON AMBIL PERHATIAN SERIUS!

Sekiranya anda  ingin menggunakan tourist visa utk mengerjakan umrah, tolong jangan mengambil penerbangan MH Chartered samada sektor Jeddah atau Madinah.

Lain – lain penerbangan schedule dibenarkan walaupun penerbangan schedule tersebut tiba atau berlepas melalui Terminal Haji di Jeddah.

Sekiranya anda naik MH Chartered terkena offload hanya disebabkan oleh visa tourist, anda hendaklah bertanggung jawab sepenuhnya untuk menanggung gantirugi  tersebut.

Leave a Reply

Note: Comments on the web site reflect the views of their authors, and not necessarily the views of the transfers internet portal. Requested to refrain from insults, swearing and vulgar expression. We reserve the right to delete any comment without notice explanations.

Your email address will not be published. Required fields are signed with *

Assalamualaikum! Klik salah seorang wakil kami di bawah untuk memulakan perbualan.