Kelebihan Umrah DIY

+

Kelebihan Umrah DIY adalah :

  1. Kita tak perlu menunggu ahli rombongan, kita bebas melakukan aktiviti ibadah kita tanpa membuang masa menunggu.
  2. Makan dan minum tidak disediakan, jadi bila dan apa yang kita nak makan bergantung kepada kita. Di Madinah banyak fast food yang menjual kebab dan roti. Ramai jemaah paling suka jus mangga di Madinah samada fresh atau dalam botol, kedua-duanya sedap. Untuk lebih jimat ada yang cadang beli jus dalam botol besar lebih murah .

Kalau  nak jimat lagi bolehlah bawa periuk letrik kecil dan bekal beras. Bawa sambal atau acar buah atau apa- apa menu yang tahan, makan di bilik mesti lagi seronok dan lebih berselera.

  1. Kita boleh rancang masa ziarah kita sendiri ikut kelapangan masa. Kalau rasa nak betul- betul ke tempat bersejarah kena buat study tempat yang ingin dikunjungi dan rancang betul-betul itenerary. Lebih baik rujuk blog-blog yang bercerita tentang DIY Umrah.
  2. Membeli buah tangan di tempat yang lebih murah jika kita ke pasar penduduk tempatan,  Kena banyak buat kajian dengan google ye. Ada jemaah tidk melakukan  banyak shopping sebab tujuan nak fokus pada ibadah sekadar membeli jubah dan kurma untuk sendiri dan bawa balik sebagai buah tangan.

Leave a Reply

Note: Comments on the web site reflect the views of their authors, and not necessarily the views of the transfers internet portal. Requested to refrain from insults, swearing and vulgar expression. We reserve the right to delete any comment without notice explanations.

Your email address will not be published. Required fields are signed with *

Assalamualaikum! Klik salah seorang wakil kami di bawah untuk memulakan perbualan.