Perbezaan Visa Pelancong dan Visa Umrah

+

Bermula 27 Sep 2019 rakyat Malaysia sudah boleh datang terus ke Saudi menggunakan Tourist Visa. tanpa perlu mendapatkan kelulusan visa dari kedutaan Saudi di Malaysia. Tourist Visa ini juga boleh digunakan untuk membuat umrah. Fee untuk visa ini SAR440. Antara pintu masuk yang dibenarkan termasuklah Riyadh dan Dammam, selain Jeddah dan Madinah. Ada dua cara untuk mendapatkan visa ini iaitu e-visa ataupun visa on arrival. Dinasihatkan untuk menggunakan e-visa dari visa on arrival untuk mengelakkan masalah setelah tiba di pintu masuk Saudi namti

Orang perempuan tidak perlu ditemani mahramnya. Validity visa ialah 90hari. Non-Muslim tidak boleh masuk Mekah dan Madinah.

Ini juga sesuai bagi sesiapa yang ingin membuat umrah secara sendiri. Permohonan visa secara online. Bahasa mudahnya DIY.

1. Kerajaan Saudi telah membuka visa pelancong pada 27 September 2019 kepada 49 buah negara termasuk Malaysia.

2. Boleh apply melalui online https://visa.visitsaudi.com.

3. Boleh berada 3 bulan (90 hari) di dalam Saudi.

4. Kos visa ini adalah SR300 dan tambahan SR140 untuk medical insurance (lebih kurang RM500 seorang)

5. Pelancong islam boleh mengunakan visa ini memasuki Makkah & Madinah untuk menunaikan umrah kecuali pada musim haji

6. Pelancong bukan islam boleh juga masuk Saudi menggunakan menggunakan visa ini. Mereka hanya TIDAK BOLEH memasuki tanah haram Makkah & Madinah.

7. Berita baik juga untuk wanita kerana TIDAK MEMERLUKAN MAHRAM. Mesti berumur 18 tahun dan ke atas.

8. Visa pelancong tidak boleh digunakan untuk bekerja.

Arab Saudi dah list kan Malaysia sebagai salah satu dari hanya 7 negara Asia yang dibenarkan masuk ke Saudi menggunakan visa pelancongan yang membenarkan pelancong mengerjakan umrah, maka mudah lah pemegang passport Malaysia untuk mengerjakan umrah secara DIY selepas ni. Boleh atur perjalanan sendiri. Semoga kelebihan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh rakyat Malaysia. Indonesia pun TAK boleh guna visa pelancong ni.

Cara Apply e-Visa Arab Saudi
Prosesnya sangat mudah melalui portal online sahaja. Bagi sesiapa yang berhajat, boleh cuba sendiri dan nikmati percutian ke seluruh daerah saudi + paling best, visa tersebut juga boleh untuk menunaikan Umrah.

Sedikit tatacara permohonan eVisa di web:

  1. Daftar log in – sangat secure web tersebut kerana mempunya verification code dan had masa.
    Gambar mestilah jelas dan latar belakang putih (standard pic passport nak g umrah, dlm format JPEG)
  2. Isi maklumat peribadi dan passport lengkap.
  3. Maklumat tarikh expected arrival – jangkaan ketibaan
  4. Tujuan melancong, samaada atau keseluruhannga untuka) event, b) family& relatives, c) leisure, d) umrah
  5. Maklumat menetap di saudi: Hotel atau residential.
    Medical insurance
    Term and condition
    Review application
    PAYMENT: thru debit @ credit card .
  6. Settle dan tunggu proses untuk granted visa dalam tempoh yang ditetapkan. (depands, ada yang dapat dalam tempoh 1 hari bekerja)

Bagi sesiapa yang mempunyai kenalan atau ahli keluarga di bumi Saudi, inilah masanya untuk menjadi tetamu mereka. Cepat apply sebelum visa tersebut ditutup atau dihadkan. Selamat berumrah dan musafir.

Leave a Reply

Note: Comments on the web site reflect the views of their authors, and not necessarily the views of the transfers internet portal. Requested to refrain from insults, swearing and vulgar expression. We reserve the right to delete any comment without notice explanations.

Your email address will not be published. Required fields are signed with *

Assalamualaikum! Klik salah seorang wakil kami di bawah untuk memulakan perbualan.